Man United Lawan Bournemouth Selasa Ini

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 9:22 AM

(Ubah saiz teks)

PIHAK Liga Perdana Inggeris mengumumkan perlawanan antara Manchester United menentang Bournemouth yang ditangguhkan pada Ahad akan diadakan pada Selasa ini.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Old Trafford itu ditangguhkan gara-gara penemuan bungkusan mencurigakan dan dianggap sebagai ancaman bom.

Berikutan itu juga, pemain dan penyokong diminta meninggalkan stadium sehingga siasatan selesai dilakukan.

Dalam satu kenyataan pihak pengurusan liga memberitahu," kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Manchester United, polis dan pasukan kecemasan atas usaha mereka . Perlawanan yang diatur semula akan berlangsung pada Selasa.

"Pihak pengurusan United dan Bournemouth banyak membantu menyelesaikan masalah ini."

Bagaimanapun penangguhan itu mungkin akan memberi tekanan kepada United kerana skuad kendalian Louis Van Gaal akan bertemu Crystal Palace dalam perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu ini.

Ini bermakna United hanya mempunyai empat hari untuk melakukan persediaan bagi menghadapi perlawanan akhir itu di Wembley.

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan