Bang Seung Hwan Mahu Tiga Mata Untuk Kedah

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

SKUAD Helang Merah sedia berjuang demi mendapatkan tiga mata penuh ketika turun melayan kunjungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Rabu.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe kempunan mendapatkan tiga mata selepas seri dalam empat perlawanan dan tewas sekali.

Pertahanan tengah Kedah, Bang Seung Hwan berkata, dia tidak sabar untuk beraksi menentang PDRM selepas pulih daripada kecederaan.

Jelasnya, pergerakan dan aksinya dalam peralawanan sebelum ini agak terbatas kerana masalah kecederaan pada pangkal paha.

"Sebenarnya dalam perlawanan sebelum ini saya mengalami kecederaan pangkal paha tetapi demi Kedah saya tetap berada di atas padang uttuk membantu rakan sepasukan.

"Saya tidak suka memberi alasan, tetapi kecederaan ini membataskan saya untuk beraksi pada tahap sebenar serta memastikan benteng pertahanan tidak mudah bocor.

"Selepas dua minggu berehat dan merawat kecederaan, keadaan saya kembali pulih seperti biasa. Masa yang ditunggu sekarang ialah perlawanan menentang PDRM kerana Kedah perlu mendapatkan tiga mata  kali ini," katanya kepada mStar Online.

Seung Hwan yang bersama Kedah sejak April tahun lalu merupakan tonggak penting dalam membantu Kedah menjuarai Liga Premier dan berada di final Piala Malaysia musim lalu.

Pemain dari Korea Selatan ini juga hampir meninggalkan Kedah selepas berlaku salah faham. Namun segala masalah berjaya diselesai dengan baik malah membawa kepada kejayaan lebih besar untuk pasukan berkenaan.

Lebih membanggakan, pertahanan yang mampu beraksi sebagai penyerang itu turut melanjutkan kontraknya selama setahun sehingga akhir 2016 untuk memastikan dirinya dapat membantu skuad hijau kuning.

"Saya gembira bersama Kedah dan inilah sebabnya saya sanggup menyambung kontrak selama setahun lagi. Pemain dan pegawai juga bersikap baik dan sentiasa  membantu saya.

"Pemain paling rapat dengan saya ialah Khairul Helmi Johari dan sebab itulah saya sanggup tinggal di Sungai Petani kerana rumahnya juga di situ.

"Dia juga pernah ke Korea Selatan bersama saya pada cuti hujung tahun lalu.

"Kalau boleh saya mahu membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia musim ini kerana kita terlepas banyak mata untuk merebut piala liga," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, Kedah memerlukan usaha daripada seluruh pemain di atas padang untuk melakar kemenangan dalam perlawanan ini dan saingan akan datang sebelum bergelar juara.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan