Trofi Piala FA Jadikan Safiq Pemain Paling Sukses

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang trofi Piala FA musim ini turut mengiringi Safiq Rahim dalam melebarkan catatan rekod peribadi antara pemain tempatan paling sukses di Malaysia.

Anak kelahiran Kuala Selangor ini antara pemain prolifik yang terkenal dengan sepakan percuma bukan sahaja untuk pasukan bergelar Harimau Selatan ini, malah kelibatnya juga penting buat pasukan kebangsaan.

Ditugaskan sebagai ketua pasukan untuk skuad negara dan kelabnya itu, Safiq berjaya melengkapkan koleksi peribadinya sepanjang 12 tahun dalam karier bola sepak ini.

“Syukur Alhamdullilah Johor Darul Ta’zim berjaya menjulang trofi Piala FA kali ini. Kami tidak perlu pandang ke belakang lagi.

“Malah piala ini juga telah melengkapkan koleksi peribadi dan dianggap yang terbaik kerana ia adalah piala pertama saya serta kelab.

“Mungkin sebelum ini (bersama Selangor) bukan rezeki saya untuk meraih banyak kemenangan termasuk trofi ini.

“Dan mungkin sekarang dengan adanya sebuah pasukan yang bagus dan sempurna, saya berjaya mencapai banyak kejayaan.

“Pada pandangan saya, JDT adalah sebuah pasukan yang perlu mencipta kejayaan,” jelasnya sebaik sahaja pasukannya dinobatkan juara Piala FA 2016 selepas menewaskan PKNS FC dengan jaringan 2-1.


Pada aksi tersebut, pemain berusia 28 tahun ini berjaya menyamakan kedudukan dengan PKNS menerusi sepakan penalti pada babak pertama permainan.

Selain melengkapkan pelbagai trofi Liga Malaysia, Piala AFC 205, Safiq juga turut membantu skuad negara dengan menjuarai pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010.

Malah bekas pemain pasukan Belia Selangor ini pernah dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik Anugerah SAM (2011, 2012,2015), Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki 2014, Pemain Terbaik Piala Malaysia 2014, Pemain Paling Bernilai Piala AFC 2015 dan Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Negara 2015.

Lebih bermakna, Safiq merupakan pemain tengah pertama dalam tempoh 18 tahun kejohanan Piala AFF menerima anugerah Kasut Emas pada aksi 2014 selepas meledak enam gol keseluruhan.

Pemain ini juga pernah ditawarkan menyarung jersi kelab Indonesia, Persib Bandung pada 2011, namun dia menolak dan meneruskan aksi bersama Selangor.

Sepanjang dua tahun bersama Gergasi Merah, Safiq antara pemain yang berjaya menjulang trofi Liga Super dan Piala Sumbangsih pada 2010.

Namun keputusan untuk berhijrah ke JDT pada musim 2013 dianggap titik permulaan perkembangan kariernya sehingga menjadi sebutan dan idola bagi penyokong-penyokong setia Harimau Selatan itu.

“Walaupun pelbagai trofi dan anugerah yang saya capai, ia belum lagi memuaskan hati saya. Setiap pemain mahu mencapai tahap yang tertinggi.

“Sebelum bersara, saya mahu mencapai impian untuk bermain dalam Liga Juara-Juara AFC," jelas Safiq.

Tags / Kata Kunci: Safiq Rahim , Piala FA , JDT

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan