Aksi United-Bournemouth Dibatalkan Atas Nasihat Polis

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 10:32 PM

Penyokong diarah meninggalkan stadium.

(Ubah saiz teks)

TERKINI

PERTEMBUNGAN antara Manchester United dan Bournemouth pada aksi penutup tirai Liga Perdana Inggeris musim ini dihentikan, malam Ahad.

Pihak berkuasa mengesahkan penemuan sebuah bungkusan yang mencurigakan di dalam Stadium Old Trafford.


Polis dan unit anjing pengesan berada di sekitar stadium untuk menjejaki dan meneliti bungkusan tersebut.

Sebelum itu, perlawanan tersebut yang dijadualkan bermula pada pukul 10 malam ditangguhkan ke pukul 10.45 malam.

Namun kini ia telah dihentikan atas nasihat polis.


Petugas stadium mengiringi kira-kira 20,000 penyokong dari dua tempat duduk utama iaitu The Sir Alex Ferguson Stand dan Stretford Endsebaik sahaja amaran kecemasan dikeluarkan.

United perlu memenangi aksi penutup tirai itu selain mengharapkan Manchester City tunduk kepada Swansea City dalam usaha merebut kedudukan empat teratas.

Perlawanan City dan Swansea dijadualkan berjalan seperti biasa.





iklan

Kolumnis

iklan

Iklan