Kafa Tunggu Tajaan Untuk Lunas Gaji Terunggak Pemain

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sedang menunggu wang penajaan daripada beberapa penajanya bagi melunaskan tuntutan gaji tertunggak lima pemainnya yang beraksi bersama pasukan itu musim lepas.

Naib Presiden Kafa, Datuk Rosmadi Ismail berkata dalam masa sama, persatuan itu turut mengatur kewangan mereka untuk terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

"Kami berharap sumber (penaja) yang sudah dikenal pasti itu dapat membantu persatuan secepat mungkin dengan jumlah penajaan yang dipersetujui sebelum ini.

"Selain berharap kepada penaja sedia ada, kami masih lagi mencuba dan mencari sumber lain yang bersesuaian bagi membantu kami dari aspek perbelanjaan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Pada 3 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam mencadangkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melakukan pemotongan mata kepada Kafa sekiranya persatuan itu gagal menjelaskan tunggakan gaji kepada bekas pemainnya sebelum 31 Mei ini. 

Lima bekas pemain berkenaan yang belum menerima tunggakan gaji ialah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang menamatkan kontrak mereka dengan Kafa untuk menyertai pasukan lain musim ini.

Mengulas lanjut, Rosmadi berkata ketika ini pihaknya amat bergantung kepada penajaan bagi terus menggerakkan persatuan.

Beliau berkata Kafa akan mengemukakan rayuan kepada FAM jika masih gagal menjelaskan tuntutan gaji tertunggak lima pemain terbabit, dan masa sama akan cuba membuat pembayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Kafa , Rosmadi Ismail , Liga Malaysia

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan