"Lupakan Kekalahan, Fokus Aksi Bertemu DRB-HICOM" - Presiden PKNS FC

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 6:10 PM

Pemain JDT, Juan Martin Lucero (belakang) cuba merampas bola daripada pemain PKNS FC pada perlawanan final Piala FA 2016, malam Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Pandang ke hadapan dan jangan putus-asa, lupakan kekalahan tempoh hari kerana ada tugasan lebih getir menanti pasukan."

Demikian kata-kata semangat Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar kepada pemain skuad Semut Merah selepas tewas tipis 1-2 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final Piala FA 2015 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Jelas beliau, meskipun PKNS FC gagal menjulang trofi tersebut, ia merupakan pencapaian terbaik pasukan berkenaan sejak 52 tahun penubuhannya.

"Sejurus tamat perlawanan, saya sempat bertemu pemain di dalam bilik persalinan. Sememangnya pemain sedih dan kecewa tetapi saya beritahu mereka bahawa ini adalah pencapaian terbaik pasukan.

"Siapa sangka pasukan kecil seperti PKNS FC mampu melangkah ke pentas final Piala FA, jadi ia satu pencapaian yang menakjubkan. Saya amat bangga dengan prestasi pasukan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Pada masa sama, Siti Zubaidah menasihati pemain supaya fokus pada latihan dan mempersiapkan diri menjelang ujian getir menentang DRB-HICOM pada saingan Liga Perdana, Selasa ini.

Siti Zubaidah Abdul Jabar.

Beliau berkata, pertemuan dua hari lagi amat penting kerana ia akan menentukan sama ada PKNS FC akan layak berentap pada saingan Piala Malaysia 2016.

"Kita dah berjaya harungi aksi final Piala FA, kini tiba giliran pemain untuk mengharungi cabaran menentang DRB-Hicom iaitu perlawanan penentuan PKNS FC untuk beraksi di pentas Piala Malaysia musim ini," katanya.

Menurut beliau, skuad Semut Merah itu perlu mengatasi DRB-HICOM atau mencatat keputusan seri jika ingin kekal menduduki tangga kelima liga yang membolehkan pasukan untuk melayakkan diri ke saingan tersebut.

"Sekarang PKNS FC di tempat kelima manakala DRB-HICOM pula di tangga keenam. Jadi kita perlu kekalkan kedudukan kelima untuk mengisi slot ke aksi Piala Malaysia.

"Pemain perlu berusaha keras untuk menyekat kemaraan pasukan DRB-HICOM yang akan beraksi di gelanggang sendiri, Selasa ini. Keputusan seri pun sudah memadai bagi pasukan tapi kalau menang itu lagi bagus," katanya.

Berdasarkan format baharu musim ini, lima pasukan teratas saingan Liga Perdana dan 11 pasukan teratas Liga Super dalam pusingan pertama liga itu akan layak ke kejohanan tersebut.

Sementara itu, Siti Zubaidah turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyokong PKNS FC yang hadir dan tidak berganjak menyaksikan perlawanan itu meskipun dalam keadaan hujan.

"Suara anda sentiasa berada dalam sanubari pemain dan akan menjadi azimat dalam setiap perlawanan.

"PKNS FC akan teruskan perjuangan dengan semangat 'Never Give Up Never Surrender' (Tidak Menyerah Kalah, Pantang Berundur) untuk menebuskan kekecewaan itu dalam aksi Liga Perdana dan Piala Malaysia," katanya.

Tags / Kata Kunci: PKNS FC , Liga Perdana , Piala Malaysia 2016

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan