Wenger Nafi Ditawarkan Kontrak Baharu - Bola Sepak | mStar

Wenger Nafi Ditawarkan Kontrak Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 7:13 AM

Arsene Wenger.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger masih belum memutuskan mengenai masa depannya dengan kontrak beliau di Emirates akan tamat pada hujung musim depan.

Pada masa sama, pengurus kelahiran Perancis itu menafikan laporan media Britain bahawa beliau ditawarkan kontrak baharu oleh The Gunners.

Menurut laporan The Times pada Jumaat, pemegang saham majoriti Arsenal, Stan Kroenke menawarkan Wenger kontrak lanjutan selama dua tahun kepada Wenger.

Namun, Wenger menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya maklumat itu, mungkin ia sengaja direka cerita," kata Wenger pada sidang media menjelang pertembungan dengan Aston Villa pada Ahad ini.

Pengurus berusia 66 tahun itu yang menyertai kelab yang berpangkalan di utara London itu pada 1996 menegaskan beliau akan komited dalam menjalankan tugasnya selagi diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan tersebut.

"Saya akan lihat pendirian kelab. Tapi saya masih belum putuskan masa depan saya," katanya.


Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan