Piala FA: Penyokong-Penyokong PKNS FC Jiwa Besar - Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 6:35 AM

Pasukan PKNS FC menjalani latihan di Stadium Shah Alam, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aksi final Piala FA yang berlangsung pada Sabtu malam di Stadium Shah Alam sudah mencatat sejarah bola sepak tempatan apabila buat julung kalinya pertembungan di antara dua pasukan yang berstatus kelab.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kembali ke pentas akhir selepas muncul selaku naib juara musim 2013 bakal berdepan dengan PKNS FC pukul 9 malam ini.

Dengan rekod konsisten JDT sejak tirai Liga Malaysia bermula Februari lalu termasuk aksi Piala AFC, skuad kendalian Mario Gomez sudah pasti menjadi taruhan untuk menjulang trofi Piala FA tahun ini,  tambahan pula mendapat peluang baik untuk penyokong-penyokongnya menguasai stadium malam ini.

JDT yang digelar Harimau Selatan mendapat ‘hadiah awal’ apabila menerima 50 ribu keping tiket aksi final kali ini selepas PKNS FC hanya meminta 10,000 keping tiket sahaja walaupun setiap pasukan diberi 30,000 keping tiket.

Selain itu juga, lebih menarik perlawanan malam ini bakal menyaksikan dua penyerang dari Argentina berentap bagi memastikan ledakan kemenangan menjadi milik mereka.

Jorge Pereyra Diaz yang menyarung jersi JDT merakam tujuh gol bagi saingan ini, manakala Gabriel Guerra yang melakar lima gol keseluruhan dan berpeluang menambah jaringan untuk PKNS FC.

Sementara itu, bagi  PKNS FC yang dianggap pasukan ‘under dog’, jumlah tiket yang disediakan untuk penyokong-penyokongnya sebanyak 10 ribu keping amat realistik.

Kapten JDT, Safiq Rahim dan kapten PKNS FC, Shahrul Azhar Ture menunjukkan trofi Piala FA pada sidang media di Shah Alam pada Jumaat. - foto BRIAN MOH/The Star.

Menurut presidennya, Zubaidah Abdul Jabar percaya penyokong-penyokong kelab ini berjiwa besar walaupun pihak pengurusan hanya meminta 10 ribu keping tiket sahaja.

“Kami yakin dengan kehadiran penyokong-penyokong setia PKNS FC ke stadium nanti, ia mampu memberi semangat luar biasa kepada pemain-pemain kita.

“Walaupun ia satu jumlah yang kecil, tetapi kehadiran mereka amat besar ertinya. Malah saya sedar, banyak pasukan negeri lain turut menyokong kami berdasarkan status sokongan yang dimuat naik di media sosial,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online. 

PKNS FC yang digelar Semut Merah ini menjadi wakil kelab yang ketiga mara ke final Piala FA bagi pasukan dari Liga Perdana dalam tempoh lima tahun selepas Sime Darby (2012) dan Felda United (2014) sekaligus bakal melakar rekod bersejarah sekiranya berjaya mengetepikan juara bertahan Liga Super itu.

Namun bagi Zubaidah, kejayaan skuad yang dibimbing E.Elavarasan ke pentas akhir ini sudah cukup bermakna kepada kelab kerana bukan tugas mudah untuk berada di tahap ini.

“Ini adalah saat kami. Kalah atau menang, mereka telah menjadi kebanggaan seluruh keluarga PKNS.

“Dan saya yakin mereka akan menggunakan saat ini sebaik mungkin tanpa sebarang tekanan. Pemain-pemain juga dilihat bersedia selepas menjalani persiapan fizikal dan mental,” tambahnya.

Sebagai rekod, JDT mara ke final Piala FA setelah mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Kedah manakala PKNS FC menang dengan agregat 4-3 ke atas Perak dalam aksi separuh akhir.
Tags / Kata Kunci: Final Piala FA , JDT , PKNS FC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan