JDT Bawa Pulang Piala FA 2016

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 11:06 PM

Pemain JDT, Pereyra Diaz meraikan kejayaannya meledak gol kedua untuk pasukan itu pada minit ke-34 ketika menentang PKNS dalam aksi final Piala FA 2016. -GLENN GUAN/The Star

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melengkapkan trofi kemenangan kedua musim ini dengan menjuarai Piala FA menewaskan PKNS FC 2-1 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.

Pada perlawanan tersebut,  JDT atau turut dikenali Harimau Selatan ini dikejutkan dengan gol pendahuluan PKNS FC seawal minit keenam permainan selepas pengadil Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan sepakan penalti gara-gara tindakan Mohd Aidil Zafuan menjatuhkan Gonzalo Manuel Soto.

Penyerang import dari Argentina, Gabriel Guerra tenang menyempurnakan sepakan penalti ke arah gawang Mohd Izham Tarmizi.


Tersentak dengan gol pembukaan itu, pemain-pemain Mario Gomez merancakkan serangan sehingga penjaga gol PKNS G. Jeevanathan tersilap langkah menjatuhkan Pereyra Diaz di kawasan kotak penalti sekaligus JDT dihadiahkan sepakan penalti.

Kapten JDT, Safiq Rahim tampil menyamakan kedudukan menerusi tendangan kencang tepat ke arah gol pada minit ke-16.

Corak permainan kedua-dua pasukan semakin menarik apabila masing-masing cuba mencari peluang menambah jaringan.

Minit ke-34, JDT meledak gol kedua apabila Pereyra Diaz berjaya membuat penyudah baik di tepi pintu gol PKNS.

JDT mendahului kedudukan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Dengan kehadiran penonton seramai 75,253 orang membuat suasana di stadium terus meriah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran penyokong-penyokong JDT yang memenuhi setiap ruang diu stadium ini.


Bagaimanapun, penyokong-epnyokong PKNS tetap tenang dan terus memberi sokongan kepada pasukan mereka biarpun ditenggelami dengan sorakan pihak lawan.

Harapan untuk melihat keputusan berubah pada babak kedua tidak kesampaian apabila kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Apa yang menarik, perlawanan akhir ini mendapat perhatian luar biasa apabila buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab bertembung di pentas akhir.

Manakala PKNS melakar sejarah kelabnya tersendiri apabila buat julung kalinya mara ke final.

Selain itu, JDT berjaya menambah koleksi trofi kedua musim ini selepas turut menjuarai Piala Sumbangsih menewaskan Selangor Februari lalu.

Tags / Kata Kunci: JDT , PKNS , Piala FA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan