Gibraltar, Kosovo Diterima Sebagai Ahli FIFA

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 10:01 AM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Kosovo dan Gibraltar diterima sebagai ahli Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat, sekali gus menjadikan jumlah persatuan bola sepak yang bergabung dengan badan induk bola sepak dunia itu kepada 211 ahli.

FIFA menyatakan bahawa kedua-dua pasukan itu boleh mengambil bahagian dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia 2018 yang bermula pada September.

Kosovo yang menyertai badan induk bola seoak Eropah (EUFA) minggu lalu dipilih walaupun mendapat tentangan dari Serbia.

Namun masih belum diketahui sama ada pemain Kosovo yang sudah beraksi untuk pasukan kebangsaan lain akan dibenarkan menukar kewarganegaraan.

Peraturan FIFA tidak membenarkan pemain untuk menukar kewarganegaraan tetapi wujud gesaan pengecualian terhadap Kosovo yang memberi impak besar kepada Switzerland dan Albania yang mana kedua-duanya mempunyai ramai pemain dari negara itu.

FIFA menolak permohonan dari Gibraltar, wilayah British di luar negara pada 2014 tetapi Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada minggu lalu mengarahkan supaya permintaan itu dipertimbangkan semula dan diterima.

"Kami terpaksa menempuh perjalanan yang agak panjang untuk mendapat keahlian FIFA. Jadi hari ini merupakan hari penuh bersejarah untuk kami," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Gibraltar, Michael Llamas.

Gibraltar membuat penampilan pertama pada pusingan kelayakan kejohanan Eropah pada 2016 di mana mereka tewas semua 10 perlawanan dan bolos 56 gol.

Secara keseluruhan, mereka beraksi dalam 18 perlawanan termasuk aksi persahabatan dengan bimbingan tiga jurulatih dan hanya menang satu perlawanan ke atas Liechtenstein.

Tags / Kata Kunci: FIFA , Kosovo , Gibraltar

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan