Chelsea Buat Kejutan, Tawar Kontrak Lanjutan Kepada Terry

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 7:35 AM

John Terry.

(Ubah saiz teks)

CHELSEA membuat pengumuman secara mengejut dengan menawarkan kontrak lanjutan selama setahun kepada John Terry.

Namun, kapten Chelsea itu kini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut selepas mendedahkan syarat dalam kontrak berkenaan turut membabitkan pertukaran peranannya di Stamford Bridge.

Terry bagaimanapun tidak menjelaskan dengan secara terperinci pertukaran tersebut.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dan Pengerusinya, Bruce Buck bertemu Terry dan ejennya awal minggu ini untuk menawarkan kontrak lanjutan terhadap pemain berusia 35 tahun itu.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa pertemuan dengan Sunderland semasa beliau dilayangkan kad merah minggu lalu adalah penampilannya bersama Chelsea.

Desas-desus itu bertiup kencang selepas Terry pada Januari mendakwa Chelsea enggan menawarkan kontrak baharu kepada beliau.

Susulan itu beliau dijangka meninggalkan Stamford Bridge pada hujung musim ini.

Terry melakukan 700 penampilan bersama Chelsea dan merupakan pemain yang dilahirkan dari akademi bola sepak remaja kelab tersebut.

"Terima kasih di atas ucapan anda semua. Kontrak lanjutan yang ditawarkan kepada saya membabitkan pertukaran peranan.

"Jadi saya harap anda semua memahami saya perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan mengenainya sebelum membuat sebarang keputusan," tulisnya di laman Instagram milik beliau.




Tags / Kata Kunci: Chelsea , John Terry , kontrak lanjutan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan