'Kasut Emas' Tidak Bermakna Jika Barca Gagal Jadi Juara - Suarez

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 8:00 AM

Luis Suarez -EPA

(Ubah saiz teks)

KETIKA bersama Liverpool musim 2013/14 Luis Suarez pernah mendapat anugerah 'Kasut Emas' namun kelab itu gagal menjadi juara Liga Perdana Inggeris dan dia tidak mahu situasi yang sama berulang ketika dia bersama Barcelona.

Liverpool tidak mampu menjadi juara liga kerana prestasi yang merosot dalam beberapa perlawanan terakhirnya dan gelaran juara akhirnya diraih Manchester City.

Tahun ini, situasi yang hampir sama berulang dengan pemain Uruguay ini mendahului senarai penjaring terbanyak La Liga dengan 37 gol, lebih empat gol berbanding Ronaldo.

Dalam masa yang sama Barca berada di puncak liga menjelang perlawanan terakhir mereka dengan 88 mata, hanya lebih satu mata di atas Real Madrid.

Ini menunjukkan Suarez hampir mendapat anugerah Kasut Emas tetapi kali ini dia lebih fokus untuk membawa Barca meraih gelaran juara.

Barca harus menang ke atas Granada dalam perlawanan terakhir mereka minggu ini walau apa pun keputusan yang dicatatkan Madrid ketika menentang Deportivo La Coruna.

Jika Barca kalah atau seri, Madrid berpeluang menjadi juara.

"Saya gembira dapat membantu pasukan, tetapi menang Kasut Emas tidak akan memberi sebarang makna jika kami gagal menjadi juara liga," kata Suarez memetik Soccerway.

"Saya memenangi Kasut Emas di Liverpool tapi kami gagal menjadi juara liga.

"Saya sangat bangga dengan apa yang saya lakukan, tapi pujian harus diberikan kepada semua pemain," katanya.
Tags / Kata Kunci: Luis Suarez , Kasut Emas , juara La Liga

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan