Bukan Misi Mustahil Kejutkan JDT - Guerra

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Di atas kertas, PKNS FC sememangnya dianggap cukup kerdil berbanding lawan, Johor Darul Ta'zim (JDT) di perlawanan akhir bola sepak Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.

Malah penyerang PKNS FC, Gabriel Miguel Guerra mengakui bukan mudah berdepan juara bertahan Piala AFC itu yang menampilkan persembahan terbaik dalam laluannya ke final.

Namun bagi pemain berusia 23 tahun dari Argentina itu, ia bukan bermakna PKNS FC akan memberi laluan mudah buat skuad Harimau Selatan, ketika mereka juga memburu peluang menjadi pasukan berstatus kelab pertama menjulang piala yang diperkenalkan sejak 1990.

"Bagi saya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk menjuarai Piala FA ini...ia tidak mustahil untuk kami.

"Saya harap rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik menentang JDT esok," katanya ketika ditemui pemberita sebelum menjalani latihan di Stadium Shah Alam, Jumaat.

Guerra turut berharap dapat meneruskan sentuhan jaringannya bagi membantu PKNS FC mencipta kejutan di final nanti.

Penyerang itu telah menyumbang lima gol dalam saingan Piala FA setakat ini, malah menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana sehingga kini dengan 10 gol.

Menurut Gurrera, kejayaan skuad Semut Merah itu adalah berikutan pengurusan yang cekap selain persefahaman mantap antara pemain tempatan dan import.

Selain layak ke final Piala FA, PKNS FC kini menduduki tangga kelima daripada 12 pasukan di Liga Perdana dengan mengutip 17 mata selepas 10 perlawanan.

"Ini adalah musim kedua saya di Malaysia dan saya anggap di sini adalah rumah kedua saya kerana orangnya yang sangat ramah," katanya sambil menambah ibu bapanya akan datang dari Argentina bagi memberi sokongan kepadanya di perlawanan akhir itu.

Bagi pemain sayap, Shahurain Abu Samah, beliau bertekad memberikan persembahan terbaik sekiranya diturunkan pada aksi malam esok.

Bekas pemain Negeri Sembilan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang bakal membuat penampilan kelima pada pentas final kejohanan dalam Liga Malaysia, menegaskan walaupun JDT dilihat mempunyai kelebihan, beliau tetap yakin pasukannya turut mempunyai peluang menjulang Piala FA.

"Saya lihat rakan sepasukan begitu bersemangat menghadapi aksi final.

Perasaan berdebar itu memang ada walaupun saya pernah beraksi dalam beberapa perlawanan akhir sebelum ini," tegas anak jati Kajang itu yang pernah membantu Negeri Sembilan menjulang Piala FA pada 2010. 

PKNS FC mara ke final selepas mengetepikan Perak dengan agregat 4-3 di separuh akhir manakala JDT juga mencatat agregat sama ke atas Kedah dalam satu lagi aksi separuh akhir.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: PKNS FC , JDT , Piala FA , Gabriel Miguel Guerra

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan