Newcastle Tersingkir, Charnley Minta Maaf

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 7:11 AM

Benitez gagal mengemudi Newcastle untuk terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

(Ubah saiz teks)

PENGARAH Urusan Newcastle Lee Charnley meminta maaf kepada penyokong pasukan itu selepas The Magpies tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam tempoh tujuh tahun.

Sunderland menewaskan Everton 3-0 di gelanggang sendiri, awal pagi Khamis untuk memastikan mereka terselamat daripada zon penyingkiran.

Kemenangan Sunderland memberi tamparan hebat kepada Newcastle dan Norwich yang kini terpaksa beraksi pada saingan Liga Kejuaraan musim depan.

Penyingkiran tersebut sekali gus menimbulkan teka-teki berhubung masa depan pengurusnya, Rafael Benitez yang dilantik untuk mengemudi pasukan itu pada Mac lalu.

"Malam ini kita dimusnahkan dengan penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris yang menyebabkan penyokong tertanya-tanya mengenai masa depan pasukan selepas ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kelab sepanjang musim walaupun kelab tidak mempamerkan aksi cemerlang.

"Sokongan anda selama ini amat mengagumkan tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Rafa dan pasukan di atas pencapaian pada musim ini.

"Tiada apa lagi yang diminta dan saya minta maaf kita tidak dapat memberikan anda hasil seperti yang diimpikan," kata Charnley dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada peminat Newcastle.

Beliau bagaimanapun mahu pasukan itu mempersiapkan diri untuk aksi penutup tirai menentang Tottenham Hotspur pada Ahad ini.

"Buat masa ini, sudah semestinya Rafa dan pemain perlu berusaha keras untuk perlawanan terakhir tetapi selepas itu, saya beri jaminan kita akan berhubung sepenuhnya dengan penyokong," katanya.


iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan