JDT Menang Selesa Ke Atas Bengaluru FC

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 11:22 PM

Pemain JDT, Putera Nadher Amarhan bersama rakan-rakan mengasak pemain Bengaluru FC, Kim Song Yong pada perlawanan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Rabu, yang berkesudahan JDT menewaskan Bengaluru FC, 3-0. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU:  Johor Darul Ta'zim (JDT), yang sudahpun menempah tiket ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016, menang selesa 3-0 ke atas Bengaluru FC pada perlawanan terakhir Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hasan Yunos Larkin, di sini malam Rabu.

Gol pertama JDT hasil tendangan kapten pasukan Safiq Rahim yang terkena kaki pemain pertahanan John Johnson pada minit ke-69.

Terdahulu, Safiq hanya masuk gelanggang pada separuh masa kedua pada minit ke-58 menggantikan Mohd Amri Yahyah.

Penyarung jersi nombor 10, Mohd Safee Mohd Sali kemudiannya menyempurnakan gol kedua pada hasil hantaran Safiq pada minit ke-77.

Gol terakhir JDT dijaringkan oleh Mohd Shakir Shaari hasil tendangan penalti pada minit ke-90 apabila S. Chanturu dikasari pemain pertahanan pasukan pelawat.

Skuad kendalian Mario Gomez yang dibarisi sepenuhnya pemain tempatan bagaimanapun memulakan langkah separuh masa pertama agak perlahan dengan beberapa percubaan ke pintu gawang lawan tidak berapa menjadi.

Tiga percubaan lain turut dilakukan oleh pemain JDT Mohd Nazrin Mohd Nawi pada minit ke-20, minit ke-33 dan minit ke-51, namun semuanya berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan dan penjaga gol kelab dari India, Amrinder.

Dengan aksi terakhir ini, JDT menang kesemua enam perlawanan dengan mengutip 18 mata.

Skuad Harimau Selatan, yang turut layak ke perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini (14 Mei) itu sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah di kubu sendiri.

JDT menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang layak ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala AFC setelah Selangor tewas 0-1 kepada Tampines Rovers dalam aksi terakhir Kumpulan E malam semalam.

Juara Kumpulan H itu dijadualkan bertemu dengan naib juara Kumpulan F, Kaya FC dari Filipina bagi pusingan seterusnya yang merupakan pusingan kalah mati di Larkin pada 25 Mei ini.
Tags / Kata Kunci: Piala AFC , Bengaluru FC , JDT

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan