Devan Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 11:08 PM

K Devan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pengendali Selangor, K Devan mengikut jejak langkah rakan sejawatannya, Datuk K Rajagopal apabila dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya selaku ketua jurulatih Kelantan berkuatkuasa Rabu.

Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Devan memutuskan untuk meletak jawatan atas alasan peribadi.

"Saya tak boleh nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini. Biarlah Presiden (Kafa) yang umumkan mengenainya.

"Apa yang saya boleh katakan, memang benar Devan sudah hantar surat peletakan jawatan," kata sumber itu kepada mStar Online.

Difahamkan ketua jurulatih berusia 55 tahun itu berhadapan keadaan sukar untuk memulihkan prestasi terumbang ambing skuad Kelantan ketika ini.

Lebih memburukkan keadaan, Kelantan kini menduduki tangga keenam Liga Super dengan mengutip 12 mata daripada 10 perlawanan.

Difahamkan Kafa menerima peletakan jawatan Devan dan akan mengumumkan pengganti beliau dalam masa terdekat.

Sementara itu Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Facebooknya memaklumkan akan mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman penting pada petang Khamis.

Pengumuman itu dipercayai berkaitan peletakan jawatan Devan pada Rabu.

Devan merupakan jurulatih kelima dalam saingan Liga Super yang meletak jawatan atau direhatkan pasukan masing-masing musim ini.

Sebelum ini, ketua jurulatih Terengganu Ahmad Yusoff antara yang pertama direhatkan diikuti Jacksen Tiago (Pulau Pinang) bulan lalu dan Rajagobal pada Selasa.

Sementara itu, Ahmad Shaharuddin Rosdi meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Pahang pada Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: K Devan , Kafa , ketua jurulatih Kelantan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan