Bas Man United Diserang, Pemain Bersembunyi

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 9:27 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN dan pegawai Manchester United mengalami detik cemas apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong West Ham sebelum perlawanan itu bermula pada awal pagi Rabu.

Kekecohan itu berlaku ketika penyokong sedang meraikan perlawanan terakhir di Upton Park sebelum perlawanan West Ham menentang United kerana skuad itu akan menggunakan stadium baharu untuk musim depan.

Dalam serangan melibatkan balingan botol dan benda lain, cermin bas yang membawa pasukan United dilaporkan pecah.

Pemain dan pegawai yang berada di dalam bas terpaksa duduk di lantai bagi mengelak daripada mengalami kecederaan.

Akibat serangan tersebut, perlawanan itu dimulakan lewat 45 minit kerana menunggu ketibaan pemain United.

Bagaimanapun, tiada pemain atau pegawai United yang mengalami kecederaan kerana hanya cermin lapisan pertama bas berkenaan yang pecah.

Sementara itu, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris tersebut, West Ham berjaya menewaskan United 3-2.

Winston Reid muncul sebagai wira pasukannya apabila berjaya menghasilkan gol kemenangan dalam perlawanan itu.


Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan