Rajagobal Letak Jawatan Jurulatih Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K.Rajagobal membuat keputusan meletak jawatan selaku pengendali Sarawak selepas aksi tercorot Liga Super musim ini.

Tanggungjawab Rajagobal yang mula menguruskan skuad Ngap Sayot Disember lalu gagal memberi sentuhan magisnya dengan hanya satu menang, tewas enam dan seri tiga kali sekaligus mengutip enam mata untuk berada di tangga tercorot Liga Super. 

Beliau dilaporkan bersetuju meletak jawatannya secara rasmi pada Isnin selepas dua hari diarahkan berehat oleh pihak pengurusan.

Keputusan tersebut dicapai atas persetujuan dengan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) walaupun beliau ditawarkan dengan tugas lain.

Penolong jurulatih, David Usop mengambil alih tugas itu buat sementara waktu sehingga keputusan lain diumumkan.

Tags / Kata Kunci: K.Rajagobal , Sarawak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan