Man United Tak Perlu Rombakan Besar-Besaran - Paul Scholes

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 7:08 AM

Paul Scholes

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain Manchester United Paul Scholes berkata kelab itu sudah mempunyai barisan pemain yang cukup hebat.

Bagaimanapun, Scholes yang menjadi salah seorang daripada pihak yang kerap mengkritik permainan United sejak akhir-akhir ini berkata The Red Devils masih memerlukan tambahan pemain di tiga posisi.


Katanya, gabungan pemain muda seperti Marcus Rashford dan para pemain berpengalaman seperti Juan Mata dan Wayne Rooney menjadi penyebab United tampil mempamerkan permainan yang baik.

Situasi ini dapat dilihat beberapa bulan kebelakangan ini di mana United menunjukkan penampilan hebat. Dalam enam perlawanan, mereka tidak pernah kalah- lima kali menang dan sekali seri.


Justeru Scholes berkata untuk memperkukuhkan kelab, hanya beberapa pemain tambahan perlu dimasukkan.

"Saya rasa mereka tak memerlukan rombakan besar-besaran," kata Scholes memetik Sky Sports.

"Saya fikir mereka perlukan seorang striker serta mungkin pemain yang mempunyai kreativiti di barisan tengah.

"Jika kami mampu bertemu dengan pemain-pemain itu, mungkin corak permainan kelab ini akan berbeza. Saya rasa penyokong juga akan selesa," katanya.
Tags / Kata Kunci: Paul Scholes , rombakan pemain

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan