Kedudukan Tiago Diputuskan Minggu Depan

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 8:47 PM

Jacksen F. Tiago.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jurulatih skuad Pulau Pinang, Jacksen F. Tiago dan empat pemain import pasukan itu terpaksa menunggu sehingga minggu depan untuk mengetahui nasib mereka bersama skuad Harimau Kumbang.

Ini kerana mesyuarat Exco Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) yang dijadualkan minggu ini ditunda ke minggu depan.

Perkara ini disahkan Naib Presiden FAP yang juga pengurus pasukan Liga Super Pulau Pinang, Mohd Azizudin Shariff yang menjelaskan mesyuarat itu ditunda atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Mesyuarat itu akan dipengerusikan presiden, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff dan akan ada beberapa keputusan penting membabitkan empat pemain import dan juga jurulatih berasal dari Brazil, Tiago," katanya.

Katanya, tarikh sebenar mesyuarat masih belum diputuskan tetapi ia akan diadakan di pejabat FAP dan dijangka dihadiri semua barisan Exco persatuan itu.

Bagaimanapun, Azizudin berkata pengurusan pasukan belum memutuskan berapa ramai pemain import yang akan digugurkan daripada empat yang ada ketika ini.

"Apa yang pasti seorang daripada pemain import akan digugurkan tetapi semua ini akan diputuskan pada mesyuarat itu," katanya.

Empat pemain import Pulau Pinang ketika ini ialah dua pemain pertahanan Brent Griffiths (Australia), Reinaldo Lobo (Brazil), pemain tengah Mathias Cordoba (Argentina) dan penyerang Osas Ikpefua (Nigeria).

Sementara itu, Tiago ketika dihubungi berkata walaupun direhatkan daripada tugasnya bersama skuad tersebut, beliau mempunyai kontrak dengan FAP sehingga November ini dan buat masa ini, tugasnya adalah melakukan analisis perlawanan dan laporan untuk pengurusan pasukan.

"Jumaat lepas, saya dimaklumkan FAP masih belum membuat keputusan mengenai kedudukan saya dan perlu menunggu sehingga mesyuarat Exco akan datang," kata Tiago, yang kini berada di Brazil.

Tiago yang juga bekas jurulatih kebangsaan Indonesia, sebelum ini menjadi wira apabila membimbing Pulau Pinang layak ke Liga Super selepas menduduki tangga kedua Liga Perdana musim lalu.

Beliau direhatkan sejak 17 April lepas dan tugasnya diambil alih oleh penolongnya, Manzoor Azwira Abdul Wahid.

Selepas 10 perlawanan, skuad Harimau Kumbang berada di tangga kedua terbawah Liga Super dengan hanya memenangi satu perlawanan dan tiga seri untuk mengutip enam mata. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAP , Jacksen F. Tiago

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan