Liga Juara-Juara: Barca Lebih Suka Lihat Real Madrid Kalah

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 7:18 AM

Lionel Messi

(Ubah saiz teks)

BINTANG Barcelona, Lionel Messi menyatakan harapan untuk melihat Atletico Madrid menjuarai Liga Juara-Juara berbanding Real Madrid.

Dia berkata demikian dalam satu temubual dengan ESPN FC mengenai prestasi kelab itu pada musim ini.

Messi berkata dia sangat kecewa apabila Barca tersingkir daripada Liga Juara-Juara tetapi ingin terus memandang ke hadapan dan memberi fokus terhadap sasaran yang lebih realistik iaitu mengejar gelaran juara La Liga.

Menurut pemain penyerang itu, Barca dan penyokongnya lebih mengharapkan Atletico menjuarai Liga Juara-Juara berbanding Real Madrid.

"Bagi masyarakat Barcelona, menjadi satu kepuasan jika melihat Atletico yang menjuarainya. Di Barcelona, penyokong akan lebih senang jika melihat Real Madrid kalah," kata Messi.

Pemain dari Argentina ini mengakui bahawa Atletico adalah lawan yang sangat sukar dan tidak mudah untuk mengalahkan skuad Diego Simeone.

"Atletico adalah lawan yang mencabar, semua itu hasil bimbingan Diego Simeone," katanya.

Selain gelaran juara La Liga, Messi dan rakan-rakan juga akan memberi tumpuan dalam merebut gelaran juara Copa Del Rey.
Tags / Kata Kunci: juara La Liga , Lionel Messi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan