Nasib Sandro Da Silva Diketahui Selepas Tiga Minggu

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 1:16 PM

Sandro Da Silva

(Ubah saiz teks)

NASIB pemain import Kedah, Sandro Da Silva untuk terus bersama skuad Helang Merah akan diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi, kata ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe.

Menurutnya, Da silva memerlukan rehat yang penjang selepas mengalami kecederaan tulang belakang.

"Kalau dia perlu direhatkan untuk satu atau dua perlawanan, itu tidak banyak menjejaskan pasukan. Tapi sekiranya kecederaan ini memerlukan rehat yang panjang, kita perlu fikir semula.

"Da Silva seorang pemain penting dalam kesebelasan utama, tapi saya akui kekuatan sebuah pasukan bukan kerja seorang pemain tetapi hasil kerjasama semua," katanya kepada mStar Online.

Jendela pemindahan pemain akan kembali dibuka pada Jun ini dan ia memberi peluang kepada setiap pasukan untuk memantapkan skuad masing-masing bagi mengharungi baki perlawanan.

Difahamkan, Kedah antara pasukan yang akan melakukan rombakan kecil selain skuad lain yang telah mengumumkan untuk menukar pemain importnya.

Cheng Hoe menambah, Kedah memerlukan pengalaman dan kesungguhan Da Silva di atas padang namun ia akan terbatas akibat kecederaan itu.

"Rehat dua minggu ini memberi peluang kepada ramai pemain termasuk Da Silva untuk merawat kecederaan masing-masing sebelum Liga Super kembali bersambung.

"Dalam perlawanan seterusnya, Kedah amat memerlukan tiga untuk memastikan kita menjadi pesaing dalam Liga Super.

"Kedah mempunyai peluang untuk bangkit pada pusingan kedua dan saya harap kami dapat melakukan yang terbaik kali ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan