Penyokong JDT Serbu Beli Tiket Final Piala FA

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 2:36 PM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasukan JDT meraikan kemenagan menewaskan Kedah 3-1 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, 30 April lalu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Bahang final bola sepak Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PKNS FC semakin terasa apabila ribuan penyokong JDT menyerbu Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini bagi mendapatkan tiket.

Kebanyakan mereka sanggup beratur sejak awal pagi bagi memastikan tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Tinjauan Bernama di stadium itu mendapati ada penyokong sanggup membawa anak kecil yang masih menyusu untuk beratur bagi mendapatkan tiket di kaunter.

Khairil Zainal, 35, berkata beliau telah beratur seawal pukul 10 pagi dan hanya berjaya mendapatkan tiket sejam kemudian. 

"Namun setiap orang dihadkan membeli dua tiket sahaja. Oleh itu, bagi memastikan anggota keluarga lain dapat menyaksikan perlawanan tersebut, saya meminta pertolongan daripada rakan untuk membelinya," kata pegawai perubatan di Hospital Sultanah Aminah di sini.

Bagi Khairul Shada, 26, dan rakannya Ahmad Dahlan, 34, pula, mereka berada di stadium sejak pukul 9 pagi ketika kaunter tiket baru dibuka.

"Kami tidak pernah terlepas menyaksikan setiap perlawanan melibatkan JDT, jadi apabila sudah mendapatkan tiket, kami sungguh lega biarpun terpaksa beratur hampir dua jam," kata Khairul yang berpuas hati dengan sistem pembelian tiket yang dikelola dengan baik.

Sementara itu, dalam aplikasi Whatsapps Johor Southern Tiger bersama media, seorang jurucakap berkata setakat pukul 11.34 pagi tadi, kira-kira 6,000 tiket telah terjual dengan setiap satunya berharga RM50.

"Menjelang tengah hari, kaunter akan ditutup sementara dan dibuka semula pukul 2 petang untuk membolehkan tiket yang diperuntukan dijual kesemuanya," katanya.

Pada 3 Mei lalu, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengumumkan untuk memperuntuk sebanyak 70,000 tiket untuk perlawanan akhir Piala FA itu.

Daripada jumlah itu, setiap pasukan akan mendapat 30,000 tiket manakala baki 10,000 lagi dijual secara dalam talian. Namun, PKNS hanya meminta 10,000 tiket untuk penyokongnya, sekali gus JDT diberi tambahan 20,000 tiket.--Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan