Arsenal Bangkit Ikat City

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 7:21 AM

Sanchez menjaringkan gol penyamaan untuk Arsenal.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Arsenal menyukarkan peluang Manchester City untuk melayakkan diri pada aksi Liga Juara-Juara apabila bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 di Stadium Etihad, awal pagi Isnin.

Alexis Sanchez menghadiahkan satu mata buat Arsenal dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-68.

City terlebih dahulu berada di depan menerusi Sergio Aguero pada minit kelapan dan Kevin De Bruyne melengkapkan gol kedua pada minit ke-51.

Arsenal pula bangkit menjaringkan gol pertama menyerusi Oliver Giroud yang turut membantu Sanchez untuk jaringan penyamaan.

Keputusan seri itu membolehkan Arsenal kekal di kedudukan ketiga dan semakin hampir untuk mengesahkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik musim ini.

City di tempat keempat, kedudukan terakhir untuk layak pada aksi Liga Juara-Juara.

Namun kedudukan itu boleh dipintas Manchester United sekiranya pasukan kendalian Louis van Gaal itu menewaskan West Ham pada Selasa ini.

Dalam perlawanan berasingan, Tottenham pula tewas 1-2 di tangan Southampton.

Spurs mendahului menerusi jaringan Son Heung-min seawal minit ke-16.

Namun, Southampton bangkit menjaringkan dua gol pada minit ke-31 dan 72.

Spurs kini hanya dibezakan dua mata dengan Arsenal yang terikat seri dengan City.

Arsenal perlu menewaskan Aston Villa pada aksi penutup tirai dengan harapan Spurs tewas kepada Newcastle untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan