Trofi Juara EPL 2015/16 Secara Rasmi Milik Leicester City

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 4:16 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN Leicester City telah mengesahkan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, pemain-pemain Claudio Ranieri tetap mempamerkan aksi terbaik pada baki perlawananan liga di hadapan penyokong sendiri dengan menumpaskan Everton 3-1.

The Foxes memastikan gelaran juara mereka itu berbaloi dengan persembahan terbaik dalam baki perlawanan liga ini menerusi tiga gol kemenangan oleh jaringan Jamie Vardy (m-5,65’-penalti) serta Andy King (m-33).

Manakala Everton yang berada di tangga ke-12 liga terpaksa bekerja keras menghalang gawang mereka terus dibolosi, dan hanya mendapat peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-88 oleh Kevin Mirallas.

Leicester bakal menutup aksi akhir liga dengan bertemu Chelsea pada 15 Mei ini.

Dalam pada itu, suasana di stadium semakin meriah sebaik sahaja wisel akhir perlawanan dibunyikan oleh pengadil Andre Marriner.

Sorakan, nyanyian serta jeritan ‘Dilly Ding, Dilly Dong’ daripada penyokong-penyokong Leicester bergema di stadium bersejarah itu.

Trofi juara EPL yang dipegang Chelsea musim lalu bertukar tangan apabila dengan bangganya kini menjadi milik Leicester City.

Tags / Kata Kunci: Leicester City , Trofi , Everton

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan