Juara Liga Jerman Trofi Akhir Guardiola Di Bayern Munich

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 3:40 AM

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola bakal meninggalkan Bayern Munich dengan penuh senyuman apabila berjaya mengekalkan trofi Liga Jerman (Bundesliga) buat kali keempat berturut-turut biarpun gagal membawa skuadnya ke final Liga Juara-juara musim ini.

Anak buah pengurus kelahiran Sepanyol ini menutup tirai perlawanan dengan mencatat kemenangan 2-1 di Ingolstadt, sebelum menjulang trofi juara yang ke-25 buat Bayern Munich.

Robert Lewandowski menjaringkan kedua-dua gol kemenangan itu.

Manakala kejayaan ini merupakan trofi ketiga buat Guardiola selepas mengambil alih tugas Jupp Heynckes di Bayern pada tahun 2013.

Pun begitu, Guardiola berpeluang menambah profil juara menjelang perlawanan Piala Jerman bertemu Dortmund pada 21 Mei ini.

Bagaimanapun, rekod musim akhir bersama Bayern sedikit tercalar apabila impian untuk meraih gelaran treble Liga Juara-Juara musim ini tersekat selepas ditewaskan Atletico Madrid dalam saingan separuh akhir minggu lalu.

Pada Februari lalu, Guardiola,45, membuat pengumuman akan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris bagi menguruskan kelab Manchester City sebaik sahaja tamat musim ini.

“Tempoh saya berada di sini tidak begitu sempurna dan saya perlu menerima hakikatnya (gagal ke final Liga Juara-Juara).

 “Tetapi saya sangat gembira dan dalam tempoh ini juga saya membantu pemain-pemain supaya mengekalkan tahap tertinggi mereka. Dan saya tidak menyesal,” jelas Guardiola.

Bayern Munich mengumpul 85 mata keseluruhan musim ini dengan meninggalkan pesaing terdekat, Borussia Dortmund dengan kelebihan lapan mata, manakala Bayer 04 Leverkusen di tangga ketiga dengan 57 mata.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan