Man United Tidak Boleh Kalah Lagi - Van Gaal

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal mengakui Manchester United tidak boleh tewas lagi dalam baki perlawanan musim ini kerana ia akan memberi kesan terhadap jawatannya.

Masa depan Van Gaal di United semakin goyah apabila Jose Mourinho dilapor sedang menunggu untuk merampas jawatan berkenaan pada musim depan.

Van Gaal juga sedar bahawa kelab tersebut kini perlu bersaing untuk mendapatkan kedudukan keempat dan layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

"Saya tidak boleh tewas lagi, United juga begitu.

"Tetapi dalam sukan kamu boleh kalah dan menang. Ia sukar untuk diterima, tapi benar.

"Bagaimanapun kami perlu menang dalam setiap perlawanan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan