Petrovski Pasang Impian Jadi Penjaga Gol Utama Malaysia - Rakan Sepasukan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 6:41 PM

Marco Stefan Perovski.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Penjaga gol muda Melaka United (MU), Marco Stefan Petrovski, yang meninggal dunia pada 1 Mei lepas akibat dipanah petir, memasang impian untuk menjadi penjaga gol utama Malaysia, kata rakan sepasukannya.

Jasmir Mehat, 22, berkata, seminggu sebelum kejadian itu pada 5 April lepas, Petrovski, 18, berulang kali menyatakan tekad untuk menjadi pemain utama pasukan Harimau Malaysia.

Beliau berkata tekad Petrovski, pemain kacukan Malaysia-Australia itu, dapat dilihat dalam kesungguhannya bermain dan berlatih untuk meningkatkan mutu permainannya.

"Minggu terakhir bermain, berlatih dan tinggal serumah dengan dia itulah berulang kali dia cakap nak main untuk Malaysia, seminggu berulang-ulang dia cakap," katanya kepada pemberita selepas majlis penghormatan terakhir mendiang Petrovski di Hospital Melaka di sini, Sabtu.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; ibu mendiang Marie Lupang; isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Fadillah Abdullah; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi; pegawai kanan kerajaan negeri dan lebih 100 orang menghadiri majlis itu. 

Petrovski yang tidak sedarkan diri hampir sebulan akibat dipanah petir pada 5 April lepas selepas menjalani latihan dengan pasukannya di Krubong di sini, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra di sini pada 1 Mei lepas.

Mendiang mewakili pasukan remaja Sydney Olympic FC di Australia sebelum menandatangani kontrak tiga tahun bersama Melaka United pada Januari lepas Jasmir berkata Petrovski merupakan seorang yang periang, senang rapat dengan orang di sekeliling dan sentiasa mengambil berat keadaan rakan sepasukannya.

Ketua Pasukan Piala Presiden Melaka United, Muhammad Afiq Azuan, 21, berkata, mendiang tidak pernah menjadikan kekurangan dalam menguasai bahasa Melayu sebagai penghalang untuk rapat dengan rakan sepasukannya.

"Kami semua pemain, jurulatih dengan dia amat rapat seperti adik-beradik, dia berusaha belajar BM (bahasa Melayu) dan dalam padang dia berusaha cakap bahasa Melayu supaya rakan sepasukan senang faham permainan," katanya.

Beliau berkata, Petrovski pernah menghadiahkan sepasang but kepada beliau dan memberikan semua wang bonus kemenangan kepada rakan sepasukan dan ini membuktikan mendiang amat menghargai dan menyayangi rakan-rakannya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Marco Stefan Perovski , Melaka United

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan