“Saya Tengah Edah Kena ‘Cerai’ Dengan Kedah” – Abang Terlajak Laris

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, dirinya kini berada dalam dalam ‘tempoh bertenang’ sebelum mempertimbangkan untuk  menaja pasukan bola sepak lain pada masa akan datang.

Jutawan kosmetik itu menyifatkan isu penolakan tajaan syarikatnya terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berjumlah RM30 juta sebagai satu hikmah.

Bagaimanapun katanya, beliau belum mahu membuat sebarang keputusan untuk menaja pasukan lain pada masa ini sehingga semuanya reda.

“Saya mahu rehat dulu dan tenangkan fikiran. Saya ini kalau macam perempuan... tengah dalam tempoh edah sekarang, dah kena 'cerai' dengan Kedah. 

“Jadi, saya tunggu dahulu. Apa yang akan terjadi, saya tidak tahu. Saya tidak keluarkan kenyataan merajuk,” katanya pada sidang media di Wisma D’Herbs di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mahu menaja pasukan lain selepas rancangannya untuk menaja skuad Helang Merah ditolak KFA.

Aliff berkata, jika terdapat pertimbangan untuk membuat tajaan, beliau mahu memastikan bakal pengurusan pasukan bola sepak itu bersikap profesional.

“Saya naklah (taja), tetapi saya tak mahulah pasukan yang macam budak-budak, pasukan yang 'bolak-balik', sampai saya tunggu dah hampir tiga bulan.

“Saya hendak bersama pengurusan bola sepak yang profesional, ada buat keputusan yang bagus. Tak boleh, cakap tak boleh.

“(Pasukan) yang ada wawasan, yang ada perancangan dan ada keputusan muktamad,” ujar Aliff. 

Rabu lalu, KFA mengumum menolak tawaran tajaan D'Herbs berjumlah RM30 juta.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, keputusan penolakkan tajaan itu dibuat selepas mendapati ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja sukar untuk diterima KFA.

Sementara itu, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menerusi akaun Facebook miliknya pada Khamis menjelaskan, beliau bertanggungjawab memastikan hak rakyat negeri ini tidak tergadai berhubung penolakan tajaan D'Herbs.

Aliff bagaimanapun menerusi sidang media pada Jumaat menafikan dakwaan berkaitan dengan tanah seluas 60 hektar itu merupakan cadangan pembangunan di atas usahasama bersama anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

"Ia adalah cadangan pembangunan dengan kerjasama PKNK, bukannya cadangan merampas tanah di Kedah. Ia bukan tanah secara percuma untuk saya mahupun kaum kerabat saya, tetapi untuk membangunkan negeri Kedah," katanya yang mendakwa kecewa terhadap dakwaan Ahmad Bashah.




Tags / Kata Kunci: Aliff Syukri Kamarzaman , D'Herbs , KFA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan