Tan Cheng Hoe Kecewa

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 3:01 PM

Tan Cheng Hoe

(Ubah saiz teks)

"TIADA keinginan untuk menang serta rentak permainan terlalu perlahan memberi peluang kepada Pahang kembali menyamakan kedudukan," itu rumusan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe selepas anak didiknya seri 1-1 di Kuantan.

Menurutnya, Kedah juga bernasib baik kerana tidak tewas dalam perlawanan Liga Super itu gara-gara beraksi dalam keadaan lemah.

Tegas beliau, permainan yang dipamerkan oleh pemain Kedah bukanlah seperti yang diamalkan sebelum ini iaitu hantaran pendek.

"Saya kecewa dengan corak permainan yang dipamerkan pemain kerana rentak mereka terlalu perlahan dan tidak menggambarkan mereka mahu memenangi perlawanan itu.

"Saya tidak nafikan bahawa pemain keletihan selepas mengharungi perlawanan sebelumnya, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan kerana kita perlukan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan dalam carta liga," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, tempoh rehat selama dua minggu sebelum bertemu PDRM di Stadium Darulaman akan memberi peluang kepada pemain untuk berehat dan membaiki kelemahan yang ada.

"Sekarang kita ada dua minggu untuk berehat sebelum kembali bertemu PDRM. Tempoh ini juga akan memberikan peluang kepada pemain untuk merawat kecederaan.

"Hanya Sandro Da Silva dan Syazwan Tajudin yang masih mengalami kecederaan serius. Mereka akan diberi rawatan dan imbasan x yang dilakukan akan memberikan jawapan penuh mengenai tahap kecederaan kedua-dua pemain ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan