John Terry Tinggalkan Chelsea Selepas 18 Tahun Berkhidmat

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 9:05 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA Pasukan Chelsea, John Terry akan mengakhiri khidmatnya bersama Chelsea selama 18 tahun pada akhir musim ini selepas kontraknya tidak disambung lagi.

Berikutan itu, bekas pemain England berkenaan sedang merancang majlis perpisahan bernilai £22,000 bersama rakan sepasukan.

Terry yang menjadi tonggak pertahanan penting buat Chelsea memulakan karier bersama The Blues ketika berusia 17 iaitu pada 1998.

Dia diturunkan buat pertama kali dalam perlawanan Piala Liga menentang Aston Villa.

Sepanjang kariernya bersama Chelsea, Terry telah menjaringkan 66 gol, iaitu 40 gol sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemian berkenaan membuat penampilan terakhir ketika Chelsea seri 2-2 menentang Tottenham Sabtu lalu ketika dia berusia 35 tahun.

Khidmat Terry hampir berakhir pada 2014 selepas kontrak tamat, tetapi jurulatih ketika itu, Jose Mourinho menyambung kontraknya selama dua tahun sehingga 2016.

Ketiadaan Terry sebagai pemimpin di bahagian pertahanan dilapor antara punca prestasi Chelsea menjunam pada musim ini.

Ketiadaan Terry pada musim depan akan memaksa Chelsea untuk membuat pelaburan besar bagi mendapatkan pemain pertahanan tengah berkualiti untuk menghalang asakkan lawan.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , John Terry

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan