JDT Menang Tipis 1-0 Ke Atas Pulau Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 11:48 PM

Pemain JDT, Mohd Amri Yahya diasak oleh dua pemain Pulau Pinang Mazlizam Mohamad dan Reinaldo Rodrigues De Oliveira Lobo pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin pada Jumaat. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengekori rapat pendahulu Liga Super, Felda United, apabila menang 1-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini Jumaat malam.

Gol tunggal JDT dijaringkan Safee Sali pada minit terakhir perlawanan untuk membolehkan JDT mengumpulkan 24 mata, sama dengan Felda United selepas 10 perlawanan, tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan. Safee sebelum itu dimasukkan pada minit ke-79 bagi menggantikan Hariss Harun selepas kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan jaringan. 

Skuad Harimau Selatan memperoleh peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi tendangan percuma Aznie Taib, tetapi gagal disempurnakan tandukan Juan Martin Lucero.

Pelawat bangkit menyerang menerusi percubaan Mohd Failee Mohamad Ghazli pada minit ke-26 tetapi ia tetap gagal menggegarkan gawang JDT.

Lucero sekali lagi hampir berjaya menjaringkan gol pertama JDT tetapi tendangannya pada minit ke-37 terkena tiang gol.

Ketiadaan kapten, Safiq Rahim kerana digantung satu perlawanan, sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan skuad Harimau Selatan.

Safiq digantung perlawanan setelah mendapat kad kuning kedua ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman akhir bulan lepas.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan seri tanpa jaringan, sentuhan Safee melegakan tuan rumah bagi memastikan tiga mata milik mereka. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan