Guardiola Bakal Gugur Enam Pemain Man City

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola dijangka melakukan rombakan besar-besaran terhadap skuad Manchester City pada akhir musim ini selepas kelab itu tewas mudah kepada Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Jurulatih Bayern Munich yang akan diumumkan sebagai pengendali City pada musim depan itu dilaporkan akan menggugurkan enam pemain.

Pemain baharu akan dibawa masuk untuk memulakan era baru skuad Guardiola yang diletakan harapan untuk menjuarai (UCL).

Antara pemain yang akan digugurkan ialah Yaya Toure yang semakin tidak serasi dengan City ketika ini.

Bagaimanapun pemain yang dianggap tulang belakang seperti penjaga gol dan penyerangnya iaitu Joe Hart dan Sergio Aguero akan dikekalkan.

Berbeza dengan nasib ketua pasukan, Vincent Kompany, dia mungkin akan turut digugurkan kerana masalah kecederaan.

Berikutan itu, City dilapor sedang berusaha mendapatkan pertahanan muda Everton yang menjadi rebutan, John Stones pada musim depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan