Chelsea, Spurs Bakal Dikenakan Hukuman

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bola Sepak Inggeris (FA) mendakwa Chelsea dan Tottenham Hotspur ekoran kekecohan yang ditimbulkan pada akhir perlawanan di Stamford Bridge, Isnin lalu.

FA menilai kedua-dua pasukan sebagai gagal mengendalikan pemain dan para pegawai mereka.

Pada akhir perlawanan itu, pemain dan pegawai kedua-dua kelab terlibat dalam perang mulut yang menimbulkan suasana kecoh sebelum para pemain masuk ke bilik persalinan.

Selain itu, pemain Spurs, Moussa Dembele juga didapati telah mencucuk mata penyerang Chelsea, Diego Costa.

Walaupun pengadil perlawanan, Mark Clattenburg tidak melihat kejadian itu, penonton dapat melihatnya melalui ulang tayang di TV.

Berdasarkan pernyataan rasmi FA, keputusan tersebut dibuat oleh panel yang terdiri dari tiga bekas pengadil.

Anggota panel akan menilai kejadian di padang, termasuk insiden terlepas pandang Clattenburg dan pengawas perlawanan.

"Anggota panel akan melihat video perlawanan secara terperinci untuk memutuskan jika terdapat tindakan yang melanggar peraturan. Mereka harus membuat keputusan yang tepat supaya FA dapat menentukan hukuman yang layak dikenakan," demikian kenyataan rasmi yang dikeluarkan FA.

Dalam pertandingan tersebut, Mark Clattenburg telah melayangkan 12 kad kuning. Selain itu, pemain Spurs, Danny Rose dan pemain Chelsea, Willian juga sempat bertengkar.

Kejadian tersebut memaksa jurulatih Spurs, Mauricio Pochettino campur tangan untuk meleraikan keadaan.

Selain itu, Rose juga tidak dapat mengawal diri sehingga dikatakan menolak jurulatih Chelsea, Guus Hiddink hingga jatuh.

Perlawanan tersebut berakhir dengan skor 2-2, sekali gus memusnahkan impian Spurs untuk mendekatkan jarak dengan Leicester City yang berada di puncak liga.
Tags / Kata Kunci: insiden gaduh , FA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan