Gol Bunuh Diri Fernando Hantar Madrid Ke Final Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 7:22 AM

Sebahagian daripada pemain Real Madrid meraikan kemenangan mereka selepas pasukan itu menewaskan Manchester City dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara dan melayakkan mereka beraksi di final. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid menempah tiket ke final Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City dengan agregat 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Dalam perlawanan di Santiago Bernabeu itu, Madrid meraih kemenangan menerusi gol bunuh diri Fernando pada minit ke- 20.

Menurut rekod ESPNFC, Madrid tampil sedikit dominan dengan penguasaan bola 55 peratus.

Dari segi peluang, skuad asuhan Zinedine Zidane itu telah melepaskan 15 kali percubaan, lima tepat sasaran berbanding The Citizens yang melepaskan lima kali percubaan.

Di babak kedua, Cristiano Ronaldo dan Luka Modric berulang kali  menggempur gawang Joe Hart, namun tidak berjaya menghasilkan gol. Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Dengan kemenangan Madrid ini, sejarah musim 2014 di Lisbon berulang di mana Los Blancos sekali lagi akan berdepan Atletico Madrid di final Liga Juara-Juara.

Dalam pertemuan itu, kemenangan berpihak kepada Madrid dengan skor 4-1.

Final musim ini akan diadakan di San Siro, Milan, Itali pada 28 Mei.

Sementara itu Cristiano Ronaldo berkata Madrid turun bermain lebih baik walaupun menang tipis.

"Kami gembira kerana berjaya menempatkan diri di final dan ini merupakan sesuatu yang istimewa," kata Ronaldo di laman rasmi UEFA.

"Skor 1-0 adalah keputusan akhir yang tipis, tapi kami bermain lebih baik. Saya sudah tidak turun ke padang selama 15 hari, tapi mereka lupa saya pulih dengan cepat. Saya penat tapi sangat gembira," katanya.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan