Stadium STAR Beri Aura Positif Buat Felda United

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka yang rasminya menjadi gelanggang utama Kelab Bola Sepak Felda United dilihat memberi aura positif dalam aksi Liga Super musim ini.

Skuad bimbingan Irfan Bakti itu berjaya mempertahankan rekod bersih di laman sendiri dalam lima perlawanan liga setakat ini.

Kemenangan terbaharu The Fighters di stadium khusus untuk bola sepak yang pertama di Malaysia ini pada Rabu dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan Kelantan.

Menurut Irfan, antara faktor aura positif ini adalah disebabkan penyokong-penyokong sebenar Felda United yang hadir ke stadium.

"Sebelum ini Stadium Selayang menjadi gelanggang utama kami dan tidak ramai penyokong sebenar Felda United.

"Tetapi suasana sangat berbeza di Jengka kerana setiap kali perlawanan, kehadiran penonton yang menyokong kami mencecah 10,000.

"Malah ketika aksi menentang Pahang baru-baru ini, hampir lapan ribu hadir memberi semangat kepada kami walaupun Jengka sebahagian daripada negeri ini," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.




Felda United kini mengekalkan kedudukan teratas Liga Super dengan mengumpul 24 mata selepas beraksi 10 perlawanan.

Ditanya mengenai aksi konsisten dengan hanya mencatat dua kekalahan setakat ini, Irfan memberitahu dia hanya fokus satu persatu perlawanan.

"Saya tidak fikir perlawanan keseluruhan musim ini, tetapi hanya fokus satu persatu pasukan dalam aksi liga.

"Tetapi apabila aksi Piala Malaysia bermula nanti, fokus saya mungkin berlainan.

"Buat masa ini aksi pemain-pemain juga menjadi faktor kelab berada dalam posisi sekarang dan saya berpuas hati dengan aksi mereka," jelas Irfan.

Dalam pada itu, Irfan mengakui belum terfikir untuk menukar pemain menjelang jendela perpindahan dibuka Jun ini.

"Setakat kami saya belum berbincang dengan pengurusan untuk cari pemain baharu atau buang pemain yang sedia ada. Hanya tumpukan kepada perlawanan sahaja," katanya.

Felda United dikejar rapat oleh JDT yang kini berada di tangga kedua liga dengan 21 mata dalam sembilan perlawanan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan