Real Madrid lwn Man City: Ronaldo Akan Hadir Hiburkan Zidane - Bola Sepak | mStar

Real Madrid lwn Man City: Ronaldo Akan Hadir Hiburkan Zidane

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 8:00 AM

Ronaldo

(Ubah saiz teks)

PEMENANG Piala Dunia sebanyak dua kali, Ronaldo memuji jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dengan menyatakan bekas rakannya itu mampu menjadikan Los Blancos lebih elegan sejak menggantikan Rafael Benitez.

Ronaldo berkata Zidane telah membawa perubahan yang positif untuk Real Madrid sambil mengakui Zidane adalah pemain terbaik yang pernah bermain bersamanya.

Ronaldo menghabiskan empat musim bersama Zidane di Madrid dan membantu pasukannya menjuarai La Liga pada tahun 2003.


“Dia adalah pemain terbaik yang pernah saya kenal dan pemain terbaik yang pernah bermain bersama saya,” kata bekas pemain kebangsaan Brazil ini.


“Dia membuat Real Madrid lebih elegan seperti falsafah dan gayanya bermain. Dia melakukan tugasnya dengan sangat baik dan saya akan hadir di Bernabeu pada Rabu ini untuk menghiburkannya ketika menentang Manchester City."

Rel Madrid akan turun pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang City pada awal pagi Khamis setelah keputusan pada separuh akhir pertama berakhir dengan kedudukan seri 0-0.

Selain mengulas mengenai Real Madrid, Ronaldo juga bercakap tentang juniornya, Neymar.

Menurutnya bekas pemain Santos itu akan bertahan di Barcelona walau banyak khabar angin menyatakan dia bakal meninggalkan Camp Nou.

“Saya tidak berpikir Neymar akan pergi, dia akan kekal di Barca. Dia sesuai sekali dengan bandar dan pasukannya. Saya tidak percaya perpindahan itu benar-benar akan terjadi,” kata Ronaldo.

Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Zinedine Zidane
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan