Jangan Hukum Persatuan Bola Sepak Bermasalah - Kafa

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 6:43 PM

Ismail Md Noor.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) tidak menghukum persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah termasuk soal kewangan.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata dua badan induk bola sepak tersebut perlu membuang sikap suka menghukum.

"Harap FAM dan FMLLP membantu persatuan yang bermasalah dalam menguruskan pelbagai aspek dalam memastikan pembangunan sukan bola sepak negeri berkembang dan maju," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas cadangan FMLLP supaya FAM memotong mata perlawanan pasukan Kelantan atau ia disingkirkan ke Liga Perdana sekiranya Kafa tidak menjelaskan hutang tunggakan gaji lima bekas pemainnya sebelum akhir bulan ini.

Cadangan tersebut disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam pada Selasa.

Ismail berkata tindakan menghukum bukan sahaja memberi kesan kepada pembangunan bola sepak Kelantan dan persatuan yang mempunyai masalah, malah ia akan memberikan kesan cukup besar kepada pembangunan bola sepak Malaysia.

Beliau berkata pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada FAM dan salinannya kepada FMLLP bagi penangguhan bayaran tunggakan gaji tersebut.

"Kami (Kafa) bukan tidak mahu bayar, cuma kita terlewat bayar yang mengakibatkan bayaran itu tertangguh. Bila kita ada duit, kita akan bayar, kita akan teruskan bayaran tunggakannya," jelasnya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kafa , FMLLP , gaji tertunggak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan