Felda United Kekal Terajui Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 11:55 PM

Pemain Kelantan, Brendan Gan Seng Ling (dua kanan) cuba melepasi pertahanan Felda United pada perlawanan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, dekat Maran, Rabu malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda United mengekalkan kedudukan teratas Liga Super setelah menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, malam Rabu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad 'The Fighters' kendalian Irfan Bakti mengumpul 24 mata selepas beraksi 10 perlawanan.

Dua gol Felda United pada perlawanan berkenaan dijaringkan oleh Lutfulla Turaev pada minit ke-41 dan Francis Forkey Doe, selang sembilan minit kemudian.

Selangor yang kembali beraksi di Stadium Shah Alam yang ditutup sejak Disember lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambaikan venue, menang tipis 2-1 ke atas Terengganu FC II.

Adam Nor Azlin muncul wira skuad Gergasi Merah setelah menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua perlawanan, sekali gus menyaksikan Selangor naik satu anak tangga ke kedudukan ketiga liga.

Terdahulu, kedua-dua pasukan seri 1-1 dengan Patrick Dos Santos menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan pelawat pada minit ke-54 sebelum Mauro Olivi menyamakan kedudukan untuk Selangor, selang seminit kemudian.

Terengganu FA pula menamatkan badi kekalahan empat perlawanan berturut-turut setelah menang tipis 3-2 ke atas Sarawak pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Tiga gol skuad Penyu dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit ke-11, Ahmad Nordin Alias (minit ke-50) dan Mohd Ashaari Samsudin pada minit ke-69 manakala dua gol pasukan pelawat disumbang oleh Makeche Ndumba pada minit ke-16 dan Junior Guimaro De Souza pada minit ke-45.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 2-2 menentang Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Dua gol skuad 'The Cops' dijaringkan oleh Muhammad Shafiq Jamal pada minit ke-60 dan Mohd Lot Abu Hassan pada minit ke-87 manakala dua gol Perak diraih menerusi Mohammad Fadzrul Hazli pada minit kedua dan Nazirul Naim Che Hashim pada masa kecederaaan babak kedua perlawanan.

Pahang FC juga gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 ketika berdepan Kedah di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Ahmad Fakri Saarani mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-26 sebelum German Pacheco menyelamatkan maruah skuad 'Tok Gajah' menerusi gol penyamaan pada minit ke-64.

Sementara itu, jaringan tunggal Ivan Babic pada minit ke-34 membantu pasukan kelab DRB-Hicom FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sime Darby FC pada aksi tunggal Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Felda United , Kelantan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan