Pengadil Wanita Terbaik Asia Rita Gani Bakal Bertugas Di Rio

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 10:26 PM

Rita menerima trofi Pengadil Wanita Terbaik Asia 2014.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengadil Rita Ghani melakar sejarah baharu bola sepak negara apabila dipilih sebagai salah seorang pengadil wanita dari Asia untuk bertugas di Sukan Olimpik, di Rio de Janeiro pada Ogos ini.

Seorang lagi wakil pengadil wanita dari Asia bersama Rita ialah Ri Hyang-ok dari Korea Selatan.

Pemenang Anugerah Pengadil Wanita Terbaik Asia 2014 ini bakal dibantu oleh dua orang pengadil, Allyson Flynn (Australia) dan Naomi Teshirogi dari Jepun.

Penglibatan Rita,38, dalam dunia bola sepak antarabangsa sejak bermula sejak tahun 2006 dan turut menjadi pengadil untuk tiga perlawanan serta sebagai pengadil keempat pada Kejohanan Bola Sepak Wanita Asia 2014 di Vietnam.

Malah Rita turut mengadili perlawanan separuh akhir kejohanan tersebut di antara pasukan Korea Selatan dan juara bertahan, Australia.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini juga turut terlibat pada perlawanan Kelayakan Piala AFC Wanita Bawah 16 Tahun 2015 serta Piala Algarve 2014 di Portugal.

Lebih membanggakan lagi, pengadil kelahiran Sabah ini turut terpilih bertugas pada aksi Piala Dunia Wanita 2015 di Kanada bersama seorang lagi pengadil negara, Widiya Shamsuri.

Pada kejohanan dunia itu, Rita menjadi pengadil bagi Kumpulan C bagi perlawanan di antara Switzerland dan Ecuador, 12 Jun 2015.

Rita merupakan bekas penyerang skuad bola sepak wanita negara sebelum membabitkan diri secara rasmi sebagai pengadil bola sepak.

Selain itu, pada Isnin, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan seramai lima orang pengadil dari Asia (tiga lelaki dan dua wanita) terpilih untuk bertugas pada Kejohanan Bola Sepak Olimpik di Rio 2016.

Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah melantik seramai 88 orang pegawai perlawanan dari 40 negara.

Perlawanan  bola sepak lelaki bakal melibatkan 18 orang pengadil dan 32 penolong pengadil, manakala  kategori wanita pula bakal diadili dengan 14 orang pengadil bersama 24 pembantu. 

Tags / Kata Kunci: Rita Ghani

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan