Leicester City Beri Kegembiraan Kepada Rakyat Thailand

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 7:27 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kelab 'underdog' Leicester City yang dimiliki jutawan Thailand dan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat Thailand yang sedang dilanda masalah ekonomi.

Kelab milik Vichai Srivaddhanaprabha ini turut menyejukkan keadaan politik rakyat Thai yang bakal menghadapi pungutan suara berhubung pengundian semula pada 7 Ogos ini.

"Berita kejuaraan Leicester menyejukkan suhu politik di negara ini ekoran referendum," kata pekerja swasta Janjiran Nanan, 34, kepada Bernama.

Wanita yang merupakan peminat Liverpool ini berkata kejayaan Leicester turut merupakan satu sejarah buat EPL.

Populariti Leicester City dalam kalangan rakyat Thai mula memuncak apabila Vichai membelinya pada 2010 selepas menaja jersi 'Foxes' buat tiga musim.

Dengan dimiliki warga Thai, beberapa upacara berkaitan budaya Thai turut diperkenalkan kepada pasukan ini seperti mendapat restu sami Siam sebelum turun padang.




Sittishon Klinhom, 35, pula berkata kejayaan Leicester tidak disangka kerana ia hampir tersingkir daripada liga musim lalu.

"Saya gembira buat kelab ini kerana ia bukan sahaja dimiliki rakyat Thai tetapi turut disokong rakyat Thai sejak sekian lama," katanya.

Kejayaan kelab ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-chan yang mengucapkan tahniah bagi pihak negara dan rakyatnya.

"Ia lebih baik daripada membeli pasukan yang sudah berjaya tetapi kemudian menjualnya," katanya yang ditujukan kepada bekas pemilik Manchester City, bekas perdana menteri Thailand dalam buangan, Thaksin Shinawatra.

Leicester dilapor akan berkunjung ke Thailand bagi memberi penghargaankepada rakyatnya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Leicester City , Thailand

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan