Emosi Maksimum Seorang Lelaki Tua - Ranieri

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 6:54 PM

(Ubah saiz teks)

CLAUDIO Ranieri mengakui  emosinya ditahap maksimum selepas Leicester City dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Keputusan seri 2-2 yang dicatat pesaing terdekatnya, Tottenham ke atas Chelsea pada aksi awal pagi Selasa menyaksikan Foxes melakar sejarah bola sepak Inggeris apabila buat kali pertama kelab ini menjuarai gelaran dalam tempoh 132 tahun.




Musim lalu, Leceister menamatkan saingan di tangga ke-14, hanya enam mata di atas zon penyingkiran, tetapi kini skuad Ranieri meraih tujuh mata bersih di puncak liga dan tidak mampu dikejar mana-mana pasukan dengan dua baki perlawanan.

Malah ia juga kejayaan pertama Ranieri,64, sepanjang kariernya sebagai pengurus dan ternyata dia terlalu emosi sebaik sahaja wisel akhir dibunyikan di Stamford Bridge.




"Emosi saya di tahap maksimum. Ini bermakna, tugas saya berjalan dengan baik. Saya sangat, sangat gembira kerana jika saya menang gelaran lebih awal karier, saya mungkin akan dilupakan.

"Kini sebagai seorang lelaki tua, saya boleh merasai  kesudahannya dengan lebih baik," jelas Ranieri.

Sebelum itu, Ranieri pulang ke kampung halamannya di Rom, Itali melawat ibunya yang berusia 96 tahun pada Isnin, tetapi kembali ke East Midlands tepat masanya untuk menonton aksi seri Tottenham.



Kejayaan Leicester yang dianggap janggal bagi peminat-peminat liga perdana musim ini bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan dan Ranieri percaya skuadnya kini semakin baik.

"Saya selalu memberitahu, kegembiraan ini adalah untuk semua penyokong, untuk pengerusi kelab dan semua komuniti Leicester.

"Saya tidak ada apa-apa rahsia. Hanya ada pemain-pemain, jiwa dan raga dan bagaimana mereka bermain.

"Pesanan saya kepada penyokong-penyokong kelab  supaya terus menyokong kerana kami mahu menjadi lebih baik".

Tags / Kata Kunci: Leicester City , pengurus , Claudio Ranieri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan