Ranieri Terlepas Tonton Aksi Spurs, Sambut Hari Lahir Ibu

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 7:30 AM

Claudio Ranieri.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri tidak berpeluang menyaksikan perlawanan yang akan menentukan mereka menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama, awal pagi Selasa.

Gelaran juara akan menjadi milik Leicester sekiranya Tottenham Hotspur yang mengekori mereka dengan lapan mata gagal menewaskan Chelsea di Stamford Bridge, gelanggang yang tidak pernah dimenangi mereka sejak tahun 1990.

Namun Ranieri tidak dapat meraikan kejayaan itu jika ia menjadi kenyataan kerana dalam perjalanan pulang dari Itali selepas menyambut hari lahir ibunya yang ke-96 tahun.

Ketika ditemubual selepas Leicester terikat seri 1-1 dengan Manchester United, malam Ahad, Ranieri berkata: "Saya mahu menyaksikan perlawanan itu tetapi ketika itu saya dalam pesawat pulang dari Itali, jadi sukar untuk saya menonton perlawanan tersebut.

"Ibu saya berusia 96 tahun dan saya mahu menikmati makan tengah hari bersamanya.

"Mungkin saya akan mengetahui keputusan tersebut sebaik sahaja saya mendarat.

"Dalam tiga perlawanan lalu, saya pernah katakan yang Tottenham akan menang semua perlawanan. Bagi kami, adalah amat penting untuk meneruskan impian," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan dengan United, Ranieri berkata keputusan seri itu adalah adil buat mereka.

"United memulakan permainan dengan sangat baik, gerakan bola juga bagus dan sukar untuk kami melakukan sesuatu yang lebih baik.

"Selepas kami menjaringkan gol, saya fikir kami dapat bermain dengan lebih baik dan ada kalanya mereka juga berdepan peluang sama seperti kami. Saya fikir, keputusan seri ini adalah keputusan tepat," katanya.

Leicester kini kekal selaku pendahulu liga dengan mengumpul 77 mata dalam 36 perlawanan.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan