Kelantan-FC Bari 1908 Bakal Jalin Kerjasama

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 12:57 PM

Annuar bertemu Noordin, pemilik FC Bari 1908 pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Kelantan akan menjalin kerjasama dengan kelab yang beraksi dalam Serie B Itali, FC Bari 1908 dalam usaha memperkukuhkan kedudukan pasukan itu pada masa hadapan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akan melawat kelab tersebut dalam masa terdekat untuk merealisasikan impian tersebut.

"Berbual bola dengan pemilik FC Bari sebaik beliau tiba dari Rome petang Ahad. TRW akan menjalin kerjasama rapat dengan kelab Itali itu.

"InsyaAllah saya akan melawat FC Bari dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya pada Ahad.

Pada 13 April lalu, hartawan dari Malaysia, Datuk Dr Noordin Ahmad memeterai perjanjian pembelian saham FC Bari 1908, menjadikan beliau sebagai pemegang saham majoriti kelab tersebut selepas membeli 50 peratus saham dengan nilai 12 juta euro (RM52.59 juta).

Menyifatkan pembelian kelab tersebut bakal menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara, Annuar menyatakan hasrat untuk membawa bersama skuad Kijang berkunjung ke gelanggang FC Bari sekiranya pasukan itu berjaya melangkah ke final Piala Malaysia 2016.

"Saya buat tawaran untuk Kelantan, kalau mereka mara ke final Piala Malaysia 2016, saya dan Dr Noordin akan bawa pasukan ini ke Bari, Itali," katanya.

Pada masa sama, beliau turut berhasrat menjemput FC Bari untuk beraksi menentang pasukan Kelantan dalam perlawanan persahabatan di dalam negara tahun ini.

Sementara itu, Annuar menegaskan Kafa akan berusaha membantu pasukannya untuk terus kekal dalam aksi Liga Super meskipun skuad Kijang mempamerkan aksi terumbang ambing pada musim ini.

"Usaha untuk terus bertahan dalam Liga Super akan terus dibuat agar tidak menerima nasib seperti pasukan juara lain yang jatuh merudum. Malangnya tak ramai membantu," katanya.

Beliau mengakui Kelantan masih belum mampu membentuk sebuah pasukan berkualiti disebabkan pelbagai kekurangan khususnya bajet yang tidak mencukupi pada tahun ini.

"Kelantan adalah pasukan dengan modal paling kecil dan paling miskin dalam Liga Super 2016. Pengurusan perlu terus menerus cari tajaan yang belum mencukupi. Satu lagi tahun yang sukar," katanya.

Jelas Annuar, walaupun Kelantan menduduki tangga kelima selepas sembilan perlawanan, beliau yakin pasukan itu akan bangkit melakar kejutan dalam dua aksi terakhir pusingan pertama saingan Liga Perdana Super musim ini.

Kelantan akan bertandang ke gelanggang Felda United pada Rabu ini manakala bertemu Selangor pada 18 April.

"Atas kertas kita bakal tewas kedua-duanya dan bakal menamatkan pusingan dengan 12 mata saja. Namun Kelantan ada kalanya mampu membuat kejutan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , FC Bari 1908 , Dr Noordin Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan