Isu Beli Quaresma Tidak Benar - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 2:50 PM

Ricardo Quaresma.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Isnin menafikan KFA akan membeli bekas pemain Barcelona, Ricardo Quaresma seperti dilaporkan dalam media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata isu pembelian pemain itu yang dikatakan dengan yuran perpindahan bernilai RM1.9 juta tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat KFA.

"Saya ingin beritahu ia hanyalah khabar angin sahaja," kata Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar kepada pemberita selepas pelancaran Kerja-kerja Undi 1 Kedah Untuk Penyelenggaraan Jalan Negeri Kedah, di sini Isnin.

Ketika ditanya tentang pemain penyerang dari Brazil, Carlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe yang mempamerkan permainan hambar sekaligus dilihat gagal membantu skuad Kedah, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kita ambil pemain import kerana ingin lihat peningkatan pasukan Helang Merah dalam setiap perlawanan tetapi sekiranya ia tidak membantu ... kalau perlu buat perubahan, kita akan lakukan bagi memastikan prestasi skuad Kedah sentiasa cemerlang," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berharap skuad Kedah tidak hilang semangat juang walaupun tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu lalu dengan kiraan agregat 4-3.

"Masa JDT bertandang ke Stadium Darul Aman lalu mereka tewas kepada kita, tetapi Sabtu lalu kita pula tewas kepada mereka.

"Dalam perlawanan, kalah menang itu biasa, jadi saya harap semua pemain tidak patah semangat untuk bermain dengan bersungguh-sungguh dalam perlawanan akan datang," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KFA , Ricardo Quaresma , Barcelona

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan