Gol Townsend Selamatkan Kedudukan Newcastle

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2016 9:00 AM

Townsend meraikan kemenangan Newcastle bersama Benitez.

(Ubah saiz teks)

NEWCASTLE: Jaringan Andros Townsend membolehkan Newcastle menewaskan Crystal Palace 1-0 sekali gus meniup harapan untuk terus kekal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Townsend menjaringkan gol berharga itu pada minit ke-58 yang dilakukan menerusi jarak 25 meter.

Ia merupakan kemenangan keempat Newcastle setakat ini.

"Tiga mata penuh amat berharga. Pasukan sentiasa berusaha keras untuk memenangi perlawanan ini," kata Townsend.

Tuah ternyata berpihak kepada pasukan kendalian Rafael Benitez itu apabila penjaga gol Karl Darlow berjaya menyelamatkan sepakan penalti Yohan Cabaye.

Crystal Palace dihadiahkan sepakan penalti selepas Papiss Cisse dipersalahkan kerana bola terkena tangan.

"Ia satu saat manis buat saya apabila dapat menyelamatkan sepakan penalti itu.

"Kami perlu terus berusaha untuk mengelak daripada tersingkir," kata Darlow.

Newcastle kini berada di luar zon penyingkiran dengan berada di kedudukan ke-17, dua mata di atas Norwich yang menduduki tangga ke-19.

Sementara itu, Crystal Palace pula kekal di kedudukan ke-16. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan