Hasrat JDT Ke Perlawanan Akhir Piala FA Tercapai

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 11:56 PM

Pemain JDT, Pereyra Diaz dan rakan-rakan meraikan jaringan bersama orang kurang upaya yang turut sama menyaksikan Pasukan JDT menentang Kedah pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Kedah 3-1 (agregat 4-3) dalam aksi separuh akhir di Larkin pada Sabtu malam.

Perlawanan separuh akhir kedua itu bermula dengan kedudukan agregat 2-1 yang memihak kepada Kedah.Namun pasukan pelawat tersebut kehilangan pemain utama yang mengalami kecederaan dan dilayangkan kad kuning kedua.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Pemain JDT untuk memberi tekanan sejak wisel permulaan permainan dimulakan.

Hasilnya, pasukan tuan rumah berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-20 apabila Pereyra Diaz berjaya menolak masuk bola ketika keadaan cemas di depan gol.

Jaringan tersebut berjaya menaikkan semangat JDT untuk terus mendapatkan gol bagi memastikan pasukan itu berada di final.

Bersambung babak kedua, JDT menambah koleksi jaringan untuk berada dalam keadaan selesa. Namun kali ini Juan Martin Lucero menjaringkan gol kedua JDT.>

Tersentak dengan gol berkenaan, Kedah melakukan pertukaran dengan mengeluarkan pemain yang jarang digunakan iaitu Amar Rohidan dan memasukkan Ahmad Fakri Saarani.

Tidak perlu menunggu lama, Ahmad Fakri berjaya merapatkan kedudukan agregat dengan menjaringkan gol pertama Kedah.

Bagaimanapun, pada minit ke-88 Kedah dikejutkan dengan jaringan kedua Diaz yang menjadikan kedudukan 3-1 sehingga perlawanan tamat.

Tags / Kata Kunci: Piala FA , Separuh Akhir

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan