'Bunuh' Saya Kalau Bayern Gagal Tewaskan Atletico - Guardiola

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 8:09 AM

Josep Guardiola

(Ubah saiz teks)

JOSEP Guardiola dikritik ramai selepas Bayern Munich kalah dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

Guardiola bagaimanapun berdepan krtitikan ini dengan meminta agar keraguan terhadapnya ditahan seketika kerana peluang untuk Bayern masih terbuka.


Sejak mengumumkan penghijrahannya ke Manchester City musim depan, jurulatih itu sering menjadi sasaran kritik, terutama oleh media-media Jerman. Apatah lagi apabila Guardiola belum dapat membawa trofi Liga Juara-Juara, alasan utama Bayern melantiknya sebagai pengganti Jupp Heynckes.

Ketika musimnya bakal berakhir, Guardiola tertekan jika gagal memenuhi tuntutan tersebut.

Die Roten tewas 0-1 di markas Atletico Madrid yang bermaksud Bayern mesti menang dengan perbezaan dua gol ketika berdepan dengan Atletico dalam separuh akhir kedua minggu depan.

Walaupun bermain di kandang sendiri,  dia mengakui meraih kemenangan bukanlah satu perkara mudah.


"Semua orang sudah bunuh saya, tapi saya masih hidup," kata jurulatih Bayern ini, memetik Mirror.

"Kami masih ada satu perlawanan lagi. Kalau saya kalah anda boleh 'bunuh' saya, tapi saya masih ada satu lagi kesempatan," katanya.

Salah satu kritik tajam yang disasarkan kepada Guardiola adalah mengenai Thomas Mueller yang hanya diturunkan pada 20 minit terakhir sebelum tamat perlawanan, ketika Bayern sudah ketinggalan.

"Saya tiada masalah dengan permainan Mueller. Mungkin akan lebih baik kalau ketika itu dia turun bermain, tapi saya telah membuat keputusan dan hal itu tidak bermakna saya tidak sukakannya, hanya sekadar taktik," sambung Guardiola.

Tags / Kata Kunci: JOSEP Guardiola , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan