Klopp Gembira Keluarga Mangsa Tragedi Hillsborough Dapat Keadilan

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 10:51 AM

Jurgen Klopp.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp memberi penghormatan kepada keluarga mangsa tragedi Hillsborough yang berjuang menuntut keadilan selama 27 tahun.

"Ia adalah hari penuh bersejarah untuk semua keluarga dan saya amat gembira bagi pihak mereka. Akhirnya mereka mendapat keadilan yang diperjuangkan.

"27 tahun adalah penantian yang cukup lama. Ia menunjukkan kepada kita bahawa anda bersedia untuk berjuang menuntut keadilan dan sabar menunggu bila ia akan berlaku," katanya.

Klopp berkata demikian menjelang persediaan menentang Villarreal pada aksi separuh akhir pertama pagi Jumaat.

Hasil siasatan menunjukkan seramai 96 penyokong Liverpool yang terkorban dalam insiden rusuhan di stadium Hillsborouh pada 1989 berpunca daripada kesilapan polis.

Perkara itu diputuskan dalam inkues selama dua tahun yang memberikan jawapan dinantikan keluarga lebih suku sejak pembatalan bukti terbaharu pada Selasa yang merekodkan pengakuan wujudnya kematian akibat kemalangan.

Keputusan itu memutuskan bahawa seramai 96 penyokong Liverpool itu tidak bersalah menyebabkan rusuhan.

Tragedi Hillsborough berlaku semasa pertandingan separuh akhir Piala FA yang mempertemukan Liverpool dan Nottingham Forest.

Ia dalah peristiwa rusuhan penyokong di stadium kedua terbesar yang melibatkan penyokong Liverpool setelah Tragedi Heysel pada 1985.

Salah seorang mangsa korban termuda adalah Jon-Paul Gilhooley (10 tahun) yang merupakan sepupu kepada bekas pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard.





iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan