Pertemuan Positif Khairy Dan Pemangku Raja Johor

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 9:29 PM

Tunku Ismail bersama Khairy di Padang Seri Gelam pada Rabu. Foto kredit: Facebook Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucap tahniah kepada Khairy Jamaluddin di atas usaha dan kerja keras untuk sukan dan belia di negara ini.

Pemangku Raja Johor itu berkata, pertemuan dengan Khairy ini bagi mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan sukan bola sepak terutamanya projek Johor Darul Ta'zim (JDT) serta program-program belia di negeri Johor. 

"Perjumpaan ini amat positif di mana kami dapat duduk semeja, membincangkan hala tuju, berkongsi pendapat dan mendapat jalan penyelesaian untuk memperbaiki bola sepak tanahair dan juga program yang melibatkan belia," jelas Tunku Ismail di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Rabu.

Selain berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan pembangunan bola sepak tanahair, Khairy turut dibawa melihat fasiliti dan kemudahan yang dimiliki oleh kelab JDT seperti pusat latihan, gimnasium serta padang tertutup di Padang Seri Gelam.

Sementara itu,  Khairy, Menteri Belia dan Sukan turut memberitahu di laman twitter miliknya bahawa pertemuan positif bersama Tunku Ismail untuk kerjasama demi masa depan bola sepak Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail , JDT , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan